Polis Siasat Bangkai Haiwan Dilempar Ke Rumah Exco Johor - Berita Jenayah | mStar

Polis Siasat Bangkai Haiwan Dilempar Ke Rumah Exco Johor

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 10:21 AM

Md Jais Sarday

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Polis memulakan siasatan berhubung penemuan sebuah beg plastik dipercayai berisi bangkai haiwan yang dilemparkan ke kawasan kediaman seorang Exco kerajaan negeri.

Bagaimanapun ketika kejadian pada pukul 2 pagi Khamis, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Maklumat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Md Jais Sarday tiada di rumah.

"Saya di Johor Baru apabila mendapat panggilan polis pada pagi Khamis memaklumkan adanya bungkusan plastik di pekarangan rumah di Kluang, ketika itu tiada siapa di rumah.

"Ada orang yang ternampak bungkusan itu dan memaklumkan kepada polis," katanya yang enggan membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengendalikan kes itu.

Ketua Polis Johir, Senior Deputi Komisioner Datuk Rusdi Ahmad mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan.

Beliau berkata, daging dan kulit haiwan dalam bungkusan itu dihantar untuk ujian.

Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi talian 07-2212999.

 
Tags / Kata Kunci: Md Jais Sarday , bangkai , Kluang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan