Mayat Dalam Kotak: Polis Tahan Suspek Rakyat Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 5:49 PM

Mior Faridalthrash (empat dari kiri) bersama anggota Polis Forensik mengumpul bahan bukti pada sebuah kotak besar yang dijumpai bersama mayat wanita yang reput di sebuah hutan di Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah. Mayat wanita itu dipercayai berusia dalam lingkungan 30an, dibuang dengan menggunakan sebuah kotak ke dalam hutan berkenaan.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan suspek kes bunuh bersabit penemuan mayat seorang wanita yang disumbat di dalam kotak dan dibuang di Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah, di sini pada 23 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalthrash Wahid berkata suspek yang merupakan wanita rakyat Indonesia berusia 28 tahun ditahan ketika bekerja di sebuah premis menjual nasi ayam di Tanjung Bungah pada Sabtu lepas.

Beliau berkata rakan dan bekas majikan mangsa tampil membuat pengecaman mayat selepas tersiar gambar gelang yang dipakainya di akhbar dan memberi maklumat mengenai suspek yang berusia 28 tahun itu.

"Mangsa yang telah dikenal pasti sebagai rakyat Indonesia dan berusia 38 tahun itu adalah rakan serumah suspek.

"Dalam soal siasat selama tiga hari suspek pada mulanya membuat cerita mengatakan mangsa telah berpindah namun keterangannya didapati bercanggah dan tidak konsisten," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata suspek mengaku menghentak kepala wanita itu ke dinding beberapa kali sehingga mati kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang enggan membayar hutangnya berjumlah RM8,000.

Katanya siasatan di rumah flat yang disewa mereka di Tanjung Bungah menemukan kesan darah kering pada dinding yang cuba ditutup dengan cat selain kesan darah pada baju yang dipakai suspek pada hari kejadian.

Mior Faridalthrash berkata rakaman kamera litar tertutup di flat itu mendapati suspek dibantu seorang lelaki disyaki rakan senegaranya mengangkut kotak berisi mayat mangsa menggunakan troli ke dalam sebuah lori.

"Lori yang disewa suspek dan rakannya itu dipandu seorang lelaki tempatan namun dia mendakwa tidak tahu kandungan kotak tersebut," katanya menambah kenderaan itu turut dirampas untuk membantu siasatan.

Beliau berkata polis masih mengesan lelaki yang membantu suspek untuk melupuskan mayat mangsa dan menyifatkan kes itu telah selesai.

Pada kejadian pukul 1 tengah hari mayat mangsa yang telah mereput dipercayai telah mati lebih 10 hari ditemui pengutip tin dan botol kira-kira 20 meter dari kawasan curam kaki bukit berkenaan.-- Bernama


iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan