Dua Mati, Empat Cedera Ditembak Di Kelab Malam

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 4:23 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Dua lelaki maut, manakala empat cedera dalam satu kejadian tembak menggunakan pistol di hadapan sebuah kelab malam, di Larkin, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Johor Datuk Rusli Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira dua pagi itu, dua suspek yang menaiki sebuah motosikal dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke arah kelab berkenaan.

"Tembakan secara rambang ke premis tersebut terkena mangsa-mangsa yang pada masa itu berada dalam dan luar pintu masuk kelab malam itu," kata beliau kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, Khamis.

Rusli berkata mereka yang maut di tempat kejadian merupakan penjaga kelab malam dan salah seorang pelanggan kelab itu, masing-masing berumur 23 dan 24 tahun.

Manakala empat lagi mangsa yang cedera akibat terkena serpihan kaca cermin, berusia antara 23 tahun hingga 31 tahun, kini dirawat di sebuah hospital di sini.

Berikutan kejadian itu, polis telah menahan lima lelaki berumur antara 20 tahun hingga 35 tahun untuk membantu siasatan.

Permohonan reman bagi kelima-lima lelaki itu akan dimohon hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Rusli berkata ketika kejadian terdapat lebih 50 orang pelanggan dan pekerja berada dalam kelab malam berkenaan.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan satu bungkusan dipercayai mengandungi daging babi di hadapan sebuah rumah exco kerajaan negeri awal pagi tadi.

"Saya mengesahkan memang ada (menerima laporan). Pihak polis telah pergi ke rumah exco berkenaan dan kita masih menyiasat motif tujuan bungkusan itu dibaling ke rumah exco berkenaan," kata beliau.

Dalam perkembangan lain, seramai 146 orang di tangkap dalam Ops Warta yang  dijalankan oleh Cawangan Trafik Kontinjen Johor dalam operasi selama 13 hari di negeri ini.

Beliau berkata sebanyak 150,624 waran tangkap berdaftar masih dalam status tertunggak dari tahun 2003 hingga 15 Mei 2015 bagi Johor. 

Tags / Kata Kunci: Larkin , tembak

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan