Bot Panjang Karam, Lima Mayat Lagi Ditemui

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 3:47 PM

Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot panjang karam di Sungai Kemena Bintulu semalam berjaya menemui lima lagi mangsa setakat tengah hari Rabu. Semalam mayat pertama seorang wanita ditemui penduduk kampung pada pukul 4.50 petang dan sehingga kini tujuh daripada lapan penumpang sudah dikesan

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Lima mayat lagi ditemui sehingga tengah hari Rabu, menjadikan tujuh daripada lapan penumpang bot panjang yang karam di Sungai Kemena, Bintulu, kira-kira 600km dari sini semalam, sudah dikesan.

Jurucakap bomba berkata mangsa yang ditemui lemas sehingga kini ialah Zunai ak Anjan, 45, pada pukul 7.09 pagi, Stanley ak Tony, 9, (9.05 pagi), Diana ak Embuas, 13, (10.15 pagi), Adreyna Liz ak Lakin, 10,(10.55 pagi) dan Ganing ak Mat, 60-an, (11.05 pagi).

Mayat pertama, Jaba ak Lembang, 63, ditemui pada pukul 4.50 petang semalam oleh penduduk kampung.

Beliau berkata operasi mencari yang diketuai Ketua Bomba dan Penyelamat Bintulu, Di Hata Gobel kini ditingkatkan bagi mengesan seorang lagi penumpang bot yang masih hilang, Liong ak Dani, berumur 8 tahun.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang semalam, enjin bot berkenaan dikatakan rosak mengakibatkan ia tidak dapat berhenti lalu melanggar sebuah tongkang yang berada di kawasan membaiki kapal di tebing sungai itu.

Pelanggaran itu menyebabkan bot panjang terbabit terperosok di bawah tongkang berkenaan, dan seorang penumpang, Johnnie Ganeng, 31, berjaya berenang ke tebing untuk mendapatkan bantuan orang ramai.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Sungai Kemena , Di Hata Gobel

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan