376 Pekerja Asing Ada AP PLKS Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2015 9:57 AM

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

PETALING JAYA: Seramai 376 pekerja asing di Semenanjung ditahan polis sejak Februari lalu ketika mereka masih dalam tempoh menunggu pelekat baharu bagi Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang telah diperbaharui secara dalam talian.

Menurut sumber, jumlah penahanan pekerja asing itu diperoleh selepas sebanyak 281 majikan membuat aduan kepada pihak imigresen.

Proses pembaharuan PLKS secara dalam talian mula dikuatkuasakan pada Januari lalu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kewarganegaraan 376 pekerja asing yang ditahan walaupun memiliki akuan penerimaan (AP).

Kesemua mereka merupakan pekerja asing di enam sektor yang dibenarkan iaitu pembuatan, pertanian, perladangan, pembinaan, perkhidmatan dan pembantu rumah.

Sumber memberitahu, majikan mendakwa pekerja mereka ditahan pihak berkuasa disebabkan kelewatan Jabatan Imigresen dan penyedia perkhidmatan dalam talian dalam mengeluarkan pelekat baharu PLKS selepas permohonan dibuat.

Sebaliknya, menurut sumber, kelewatan itu disebabkan oleh permohonan pada saat akhir yang dibuat majikan masing-masing.

Laporan mStar Online sebelum ini memetik Pengarah Bahagian Pekerja Asing Jabatan Imigresen, Farah Adura Hamidi sebagai berkata, pembaharuan PLKS perlu dibuat lebih awal dan bukannya 24 jam sebelum tamat tempoh.

Ini kerana katanya, hal berkaitan pemeriksaan oleh Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) mengambil masa dan majikan perlu membayar kompaun terlebih dahulu bagi pekerja asing tinggal lebih masa.

"Selain itu, proses memperbaharui pasport pekerja asing bagi segelintir negara mengambil masa sehingga tiga bulan kerana permohonan perlu dibuat di negara mereka seperti Bangladesh, Pakistan, Nepal dan Sri Lanka," katanya.

Difahamkan, majikan perlu memperbaharui PLKS sekurang-kurangnya setahun sebelum pasport pekerja asing mereka tamat tempoh terutama di negara-negara sub-kontinen dan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum pas tamat tempoh.

Turut difahamkan, prosedur operasi standard (SOP) bagi pengeluaran PLKS adalah tujuh hari bekerja sekiranya semua dokumen berkaitan lengkap dikemukakan majikan semasa membuat permohonan.

Berdasarkan rekod Jabatan Imigresen, sejak Januari sehingga 25 Mei, sebanyak 185,505 PLKS baharu dikeluarkan kepada pekerja asing di Semenanjung.

Jumlah itu terdiri daripada pekerja asing yang berkhidmat dalam sektor pembuatan (81,382 orang), pertanian (11,254), perladangan (15,420), pembinaan (47,771), perkhidmatan (22,520) dan pembantu rumah (7,158).

Walaupun nisbah 376 pekerja asing ditahan itu mungkin jumlah yang kecil jika dibandingkan dengan 185,505 yang telah memperbaharui PLKS, namun keadaan itu masih membimbangkan.

Difahamkan, timbul kekeliruan di kalangan majikan dan pihak polis apabila akuan penerimaan sebagai bukti permohonan memperbaharui PLKS tidak diiktiraf pihak berkuasa itu.

Sehubungan itu, menerusi laporan portal berita ini pada Isnin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk menerima pakai akuan penerimaan sebagai dokumen gantian sementara yang sah sehingga PLKS dikeluarkan kepada majikan untuk pekerja asing di negara ini.

Persetujuan itu berdasarkan siri pertemuan antara kedua-dua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menetapkan koordinasi penguatkuasaan.

Ia susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi maklum balas berhubung isu sama mengesahkan akuan penerimaan itu manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut memberi jaminan untuk menyelesaikan kekeliruan berhubung isu penahanan pekerja asing ketika proses memperbaharui PLKS.

Tags / Kata Kunci: Jabatan Imigresen , PLKS , Polis

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan