Kem Pemerdagangan Manusia: Polis Terus Siasat 'Yassin' - Berita Jenayah | mStar

Kem Pemerdagangan Manusia: Polis Terus Siasat 'Yassin'

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2015 6:59 PM

Anggota-anggota Forensik Polis DiRaja Malaysia mengusung bungkusan mengandungi mayat yang digali daripada kubur-kubur yang ditemui di kawasan kem pelarian Rohingya dan pendatang asing tanpa izin Bangladesh di Bukit Wang Burma.
Pihak berkuasa menemui 28 kem dan 139 kubur di sempadan Malaysia dan Thailand itu, baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis percaya pihaknya telah mengenal pasti dalang di sebalik kem penyeludupan manusia di Perlis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis sedang menyiasat identiti lelaki yang menjadi ejen utama sindiket ini yang dikenali 'Yassin'.

"Biar kami menyiasat siapa Yassin ini. Kami akan mencari pelakunya, dan tidak perlu kita terangkan secara terperinci apa yang kami lakukan sekarang, "katanya pada sidang media pada Selasa.

Dalam pada itu beliau berkata, mana-mana anggotanya yang didapati terlibat akan menghadapi tindakan sewajarnya.

"Kami sedang mengumpul lebih banyak bukti dan seperti yang saya katakan sebelum ini, jika terdapat bukti ada anggota terlibat, kita tidak akan berkompromi.

"Mereka akan dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Laporan Bernama memetik Timbalan Pengerusi Rohingya Society in Malaysia (RSM) Kedah,Yusof Ali berkata, Yassin adalah ejen yang bertanggungjawab membeli pelarian Rohingya dan Bangladesh daripada sindiket di selatan Thailand.

Beliau berkata, pelarian disimpan secara sementara di kem transit di Wang Kelian sebelum mereka telah dijual.

Yusof memberitahu, Yassin merupakan seorang Rohingya berusia 30-an dan tinggal di selatan Thailand, mungkin telah kembali ke Myanmar selepas aktivitinya telah didedahkan.

Sebanyak dua puluh lapan kem transit dan 139 buah kubur mangsa pemerdagangan manusia ditemui di Wang Kelian, berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan