500 Pati Dikesan Di Danok Dipercayai Cuba Masuk Ke Malaysia - Berita Jenayah | mStar

500 Pati Dikesan Di Danok Dipercayai Cuba Masuk Ke Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2015 3:57 PM

Wartawan The Star, Oh Chin Eng (kanan) bersama Noor Faizal Ghazali mewakili Sinar Harian (dua dari kanan), Hasnah Jusid daripada Bernama (dua dari kiri) dan Ng Eng Boon (Sin Chew Daily) antara pengamal media yang menerima sijil penghargaan daripada IPD Kubang Pasu yang disampaikan Abd Rahim, pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUBANG PASU: Kira-kira 500 lagi pendatang tanpa izin dipercayai pelarian Rohingya berada di Danok, Thailand dan dikesan cuba memasuki negara ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supritendan Abd Rahim Abdullah berkata, hasil maklumat risikan awal yang dilakukan Polis Kubang Pasu, kesemua pelarian terbabit cuba menggunakan laluan Bukit Kayu Hitam untuk masuk ke negara ini.

Ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan IPD Kubang Pasu di sini, Isnin, beliau berkata, polis diarahkan supaya meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan dengan Pasukan Gerakan Am, Unit Pencegah Penyeludupan dan Balai Polis Bukit Kayu Hitam melakukan rondaan serta memantau kawasan sempadan.

"Setakat ini Kubang Pasu tiada apa-apa lagi, ini semua menjurus di Padang Besar. Selepas penemuan mayat dan kubur di kem Wang Kelian, tidak ada apa-apa kemasukan lagi. Belum ada kemasukan dari Danok ke Bukit Kayu Hitam, mereka pun mungkin tidak berani lagi," katanya.

Mengulas isu pembabitan polis dalam kes pemerdagangan manusia, Abd Rahim berkata polis tidak akan berkrompomi dengan mana-mana anggota yang cuba membawa masuk pendatang tanpa izin ke negara ini.

Dalam perhimpunan bulanan itu, lima pengamal media menerima penghargaan daripada IPD Kubang Pasu iaitu Mohd Khairul Fikri Osman daripada Bernama, Hasnah Jusid (Bernama), Oh Chin Eng (The Star), Noor Faizal Ghazali (Sinar Harian) dan Ng Eng Boon (Sin Chew Daily).-- Bernama




Tags / Kata Kunci: Pati , Danok
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan