ERL: Lelaki Maut Dekat Stesen Bandar Tasik Selatan Adalah Penceroboh, Bukan Penumpang

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2015 8:56 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lelaki yang dijumpai mati dekat Stesen Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) Bandar Tasik Selatan pagi Ahad ialah seorang penceroboh dan bukan penumpang.

Dalam satu kenyataan malam Ahad, ERL berkata, mangsa dipercayai telah menceroboh masuk ke dalam kawasan trek berpagar dan tiada tiket ERL mahupun dokumen pengenalan diri ditemui padanya.

Mayat lelaki itu dikesan oleh pemandu kereta api ERL pada pukul 9.11 pagi di KM7.2, kira-kira satu kilometer dari Stesen Bandar Tasik Selatan.

"Kami ingin menjelaskan bahawa lelaki itu bukan penumpang seperti disebutkan dalam beberapa laporan-laporan berita," menurut ERL.

Perkhidmatan ERL yang tergendala pagi Ahad disambung semula pada 1.40 tengah hari dan tiada gangguan selanjutnya dijangka berlaku pada jadual perjalanan kereta api itu.

ERL menasihatkan orang ramai supaya tidak memasuki kawasan landasan berpagar untuk keselamatan.

ERL berkata, melintas atau berjalan di atas trek landasan adalah amat berbahaya kerana kereta api ERL bergerak senyap semasa di atas trek dengan berkelajuan tinggi.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin berkata, insiden itu berlaku pada 9.30 malam Sabtu apabila lelaki tidak dikenali itu maut selepas digilis oleh ERL yang dalam perjalanan ke Stesen KL Sentral.

Beliau berkata, beberapa bahagian tubuh mangsa telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan