Adun Pelagus Kritikal Akibat Kemalangan

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2015 2:02 PM

George Anak Lagong.

(Ubah saiz teks)

SIBU: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelagus, George Anak Lagong berada dalam keadaan kritikal namun stabil di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu selepas terbabit dalam kemalangan di Sebangkoi, kira-kira 10 kilometer dari pekan Sarikei petang Ahad.

Menurut Nelson Janting, adik iparnya, George, 55, yang ditemani isterinya Sumi Janting, 50, dan dua anak lelaki mereka dipercayai hilang kawalan ke atas kenderaan pacuan empat rodanya dan terjatuh ke dalam jurang.

"George mengalami kecederaan kepala yang serius sementara isteri dan seorang anaknya cedera ringan. Seorang lagi anaknya tidak cedera tetapi terkejut dengan kejadian itu," katanya.

Beliau berkata, George dihantar ke hospital dengan ambulans dan beliau menjalani pembedahan selama empat jam. Sumi dan anaknya pula dirawat di Hospital Sarikei.

Nelson berkata, George dan keluarganya dalam perjalanan dari Kuching menuju Bintulu bagi menyertai majlis pertemuan Hari Gawai dengan keluarganya.

George menang kerusi Pelagus atas tiket Bebas pada pilihan raya negeri pada 2011.

Beliau kemudian menyertai Parti Pekerja Sarawak (SWP) sebelum menyertai parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) iaitu parti rakan Barisan Nasional, tetapi kemudian meninggalkannya.

Tags / Kata Kunci: George Anak Lagong , Adun Pelagus

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan