17 Kaki Judi Belakang Tokong Dicekup

Diterbitkan: Ahad, 31 Mei 2015 3:51 PM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Polis menahan 17 kaki judi yang leka bermain judi dadu dalam satu serbuan di belakang sebuah tokong Cina di Bukit Pasir di sini, petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata antara yang ditahan dalam serbuan 4.30 petang itu membabitkan beberapa warga emas termasuk wanita berumur 61 hingga 73 tahun.

"Turut dirampas wang tunai bernilai RM151,892 dan cip judi bernilai RM70,185.

"Kaki judi ini menjadikan belakang tokong itu sebagai tempat baharu bagi mengaburi mata pihak berkuasa namun taktik itu tidak berjaya," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Azman berkata serbuan itu juga membabitkan beberapa anggota daripada Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang telah membuat intipan sebelum itu.

Katanya kesemua yang ditahan membabitkan 12 lelaki berumur antara 49 hingga 63 tahun, empat wanita warga emas berumur 61 hingga 73 tahun dan seorang wanita warga Vietnam berumur 27 tahun.

Beliau berkata lapan daripada kaki judi itu juga mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan perjudian serta jenayah lain, namun ujian air kencing mereka negatif dadah.

"Polis turut merampas beberapa peralatan permainan judi itu dan kesemua mereka ditahan reman sehingga 2 Jun ini," katanya.

Azman berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, sebanyak 472 pendatang asing tanpa izin ditahan di daerah ini sejak 1 Jan hingga 27 Mei lepas atas pelbagai kesalahan Akta Imigresen.

Rakyat Indonesia yang paling banyak ditahan iaitu 137 orang, Thailand (123 orang), Vietnam (79), Myanmar (52), China (19), Nepal (lapan) dan India (empat),

Tags / Kata Kunci: Judi , Tokong Cina

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan