13 Rangka Mayat Ditemui Dari Bukit Wang Burma

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mei 2015 8:06 AM

Anggota-anggota Forensik PDRMa mengusung bungkusan mengandungi mayat yang digali daripada kubur-kubur yang ditemui di kawasan kem pelarian Rohingya dan pendatang asing tanpa izin Bangladesh di Bukit Wang Burma Perlis. Pihak berkuasa menemui 28 kem dan 139 kubur di sempadan Malaysia dan Thailand itu, baru-baru ini. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 13 rangka mayat dipercayai mangsa pemerdagangan manusia ditemui di kawasan perkuburan, Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis, setakat ini.

Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata sebanyak sembilan lagi rangka mayat dibawa turun dari hutan berkenaan, malam tadi.

"Semua rangka tersebut sampai di kaki bukit pada pukul 8.45 malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk tindakan lanjut oleh pakar patologi.

"Pasukan Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Gerakan Am PDRM akan meneruskan misi menggali dan mengeluarkan rangka mayat di lokasi yang telah dikenal pasti," katanya dalam kenyataan di sini Khamis malam.

Isnin lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia antara Kampung Wai di Kuala Perlis hingga Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, sepanjang 11 kilometer.

Tags / Kata Kunci: Rohingya , Kem Pelarian

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan