Presiden PMSP Buat Laporan Polis Dakwa Ditipu Rafizi

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 10:28 PM

Rafizi Ramli

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Minda Dan Sosial Prihatin (PMSP) K. Ramesh membuat laporan polis berhubung tindakan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang memungut derma menggunakan akaun sebuah syarikat.

Beliau berkata laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya itu adalah bagi memohon polis menjalankan siasatan dan mendapatkan keterangan daripada Rafizi sendiri.

"Saya telah mendermakan RM10 melalui akaun atas nama Oversight and Whistleblowers Sdn Bhd yang saya sangkakan sebuah pertubuhan.

"Namun setelah disemak ia merupakan sebuah syarikat dan tidak mempunyai kebenaran mengutip wang deposit daripada orang awam berdasarkan Seksyen 6 (4) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989," katanya kepada Bernama Khamis.

Menurutnya beliau memasukkan RM10 ke dalam akaun Oversight and Whitstleblowers Sdn Bhd setelah membaca laman Twitter milik Rafizi yang ingin mengutip derma bagi mengupah peguam mengambil tindakan undang-undang terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Saya menderma bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangannya untuk menuntut keadilan namun sebaliknya saya merasa tertipu setelah mengetahui akaun yang digunakan ialah akaun milik syarikatnya," katanya.

Ramesh juga tampil membuat laporan polis bagi mengelakkan lebih ramai lagi mereka yang menjadi mangsa penipuan itu.
Tags / Kata Kunci: K. Ramesh , Rafizi Ramli , PMSP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan