Kem Penyeludupan Manusia: Hanya Dua Anggota Polis, Bukan 12 Yang Disiasat

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 11:28 PM

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

(Ubah saiz teks)

WANG KELIAN: Tidak semua 12 orang yang ditahan berhubung penemuan kubur besar di sini adalah anggota polis, jelas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata hanya dua daripada mereka yang disiasat adalah anggota polis dan mereka dipercayai telah mengangkut pendatang haram.

"Baki daripada mereka yang ditahan itu hanya terlibat dalam penyeludupan barangan," kata Dr Wan Junaidi pada sidang akhbar di pangkalan taktikal Pasukan Gerakan Am Wang Kelian di sini pada Khamis.

imbalan Menteri telah bertindak balas terhadap laporan bahawa 12 pegawai polis telah ditahan dalam tiga operasi sejak tahun lepas kerana disyaki terlibat dalam penyeludupan manusia.

SEbanyak 139 kubur dan 28 kem penyeludupan telah ditemui sejak Ops Wawasan Khas dilancarkan pada 11 Mei.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan