PDRM Minta Kebenaran Bawa Mayat Rohingya Melalui Kawasan Thai

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2015 11:07 PM

(Ubah saiz teks)

SONGKHLA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memohon kebenaran pihak berkuasa Thailand untuk menggunakan laluan di wilayah negara itu untuk membawa keluar mayat mangsa pemerdagangan manusia yang ditemukan di kawasan sempadan hutan dalam wilayah Malaysia.

Ketua Polis Bahagian Kesembilan, Lt.Jen.Pol, Monteree Potranant berkata kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama dan permohonan PDRM akan dirujuk kepada pihak atasan negara itu terlebih dahulu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sepasukan anggota polis Malaysia dari Perlis mengadakan mesyuarat selama dua jam dengan pihak Thailand, yang diwakili oleh polis, tentera serta wakil pejabat daerah di Balai Polis daerah Sadao, Songkhla, Rabu.

Sementara itu, bekas Datuk Bandar Mukim Tamalang, Satun, Chakrit Longsamat 53, telah menyerah diri kepada polis di Balai Polis Padang Besar, di daerah Sadao setelah waran tangkap dikeluarkan terhadap beliau atas tuduhan pemerdagangan manusia.

Jurucakap Polis Bahagian Kesembilan, Maj.Jen.Pol. Puttichat Akkachan berkata kini terdapat 77 waran tangkap dikeluarkan dan daripada jumlah itu, 49 orang telah ditangkap atau menyerah diri, manakala 28 orang lagi masih bebas.

Beliau berkata hasil siasatan, pihak Pejabat Pencegahan dan Pengubahan Wang Haram telah merampas aset berjumlah 84.5 juta bath (RM9.10 juta) iaitu 63.5 juta baht (RM6.84 juta) dari sebuah kumpulan di wilayah Ranong dan 21 juta baht (RM2.26 juta) dari kumpulan Nai Pajuban Angchotipan dari wilayah Satun.

Bagi siasatan seterusnya, pihak polis Thailand akan membawa mangsa pemerdagangan manusia yang terdiri dari orang Rohingya ke lokasi kem di Bukit Khao Keaw, Mukim Padang Besar, daerah Sadao, Songkhla dalam tempoh terdekat.

Kawasan tersebut adalah di mana mula-mula terjumpanya kubur orang Rohingya yang seterusnya mencetuskan siasatan dan tindakan oleh pihak berkuasa di selatan Thailand.

Siasatan kes pemerdagangan manusia ini dijangka akan dapat diselesaikan pada 20 Jun ini.-- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Rohingya , Thailand

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan