Kereta Peniaga Ditembak Di Melaka

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2015 6:11 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang peniaga wanita nyaris maut apabila keretanya ditembak di Jalan Bertam Hulu berhampiran Taman Paya Mas di sini awal pagi Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata pihak polis sedang menyiasat motif kejadian kira-kira 2 pagi itu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati bahagian pintu kanan kereta itu berlubang manakala cermin tingkap di bahagian sama turut pecah.

"Polis turut menemui sebutir peluru yang melekat pada bahagian kanan kereta mangsa," katanya.

Kes disiasat atas cubaan membunuh. 

Sementara itu menurut sumber polis, wanita berusia 35 tahun berkenaan datang dari rumahnya di Taman Mengkuang, Masjid Tanah, Alor Gajah menuju Pasar Borong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Batu Berendam.

Keretanya dikatakan tiba-tiba dipintas sebuah kenderaan lain sebelum mangsa mendengar bunyi kuat dipercayai bunyi tembakan ke arah keretanya.

Mangsa yang tidak mengalami kecederaan terus memecut keretanya ke Balai Polis Batu Berendam untuk mendapat perlindungan.

-- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Jenayah , Melaka

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan