Makmal Dadah Di Pulau Pinang Dibongkar, Dadah Lebih RM1 Juta Dirampas

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 7:59 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis membongkar sebuah makmal dadah dalam serbuan di sebuah rumah banglo di Lorong Padang Tembak, Air Itam di sini, Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Supt Guan Beng Kang berkata, dalam operasi bermula 6 petang itu, polis menemui 10 kilogram heroin dianggar bernilai RM140,000 dan 20,000 biji pil ecstasy mencecah RM950,000.

"Polis turut menahan tiga lelaki berusia antara 20-an dan 50-an yang berada di rumah itu.

"Mereka yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri dengan memanjat pagar tetapi dapat diberkas kerana tempat itu telah dikepung," katanya di tempat kejadian, malam Isnin.

Sementara itu, seorang lelaki yang tinggal di kawasan kejiranan itu berkata, rumah berkenaan baru dihuni beberapa bulan lepas.

"Depa (mereka) baru pindah ke kawasan ini. Saya pernah nampak mereka keluar sekali sekala...kami tak pernah bersembang," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan