Bantah GST: Markio, Ocha Diburu

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 4:29 PM

Markio dan Ocha kini diburu polis kerana pembabitan sebagai dalang perhimpunan Bantah GST.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua suspek yang masing-masing dikenali sebagai Markio dan Ocha diburu kerana disyaki merancang kekecohan dan vandalisme sepanjang perhimpunan Bantah GST pada 1 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, dalang perhimpunan itu, termasuk Markio yang nama sebenarnya Mohd Afiq Ayob dikenal pasti hasil soal siasat ke atas seorang ahli kumpulan itu.

"Kami sedang memburu dalang yang merancang supaya semua peserta berpakaian hitam, memakai topeng dan melakukan vandalisme sepanjang laluan perarakan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, Selasa.

Beliau berkata, tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 30 tahun di Shah Alam selepas beg yang digunakannya tertinggal di laluan perarakan itu membawa kepada beberapa petunjuk.

Pelbagai barang rampasan diperoleh daripada peserta Bantah GST pada 1 Mei lalu.

"Didalam beg tersebut ditemui pelbagai alatan dan surat sakit yang membolehkan pihak polis menjejaki suspek.

"Malahan, suspek juga mengaku memiliki bom asap yang diperolehi daripada rakan sejenayah iaitu Markio dan Ocha," tambahnya.

Polis turut merampas pelbagai alatan yang digunakan pada perhimpunan tersebut iaitu topeng gas, batang lastik, lima biji mercun bola, botol cat sembur jenama Aeresol, bom asap jenama Ikaros yang telah digunakan, bendera, buku risalah ideologi, kunci motosikal dan surat sakit milik suspek.

"Kita mahu orang ramai yang mempunyai maklumat tentang dua individu tersebut tampil membantu siasatan kes ini," ujarnya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan ( Memiliki Senjata Maut Dalam Rusuhan) yang boleh dipenjara sehingga lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan Dan Letupan Senjata Berbahaya yang boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun dan sebat. 



Tags / Kata Kunci: Markio , Ocha , Bantah GST

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan