Tiga Anggota Kongsi Gelap Pheh Ditahan Dalam Serbuan Dadah

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 6:38 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Tiga anggota kumpulan kongsi gelap Pheh ditahan dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan makmal memproses dadah di Lorong Padang Tembak, Air Itam, pada Isnin.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kesemua suspek berusia antara 25 dan 47 tahun itu positif morfin dengan seorang daripada mereka memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

"Geng Pheh ini berpangkalan di Pulau Pinang dan hasil soal siasat mendapati mereka hanya anggota biasa kumpulan kongsi gelap itu," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata hasil risikan dan maklumat awam mendapati suspek telah lima bulan menjalankan kegiatan memproses dadah di rumah berkembar dua tingkat itu.

"Suspek mendakwa bekerja sebagai buruh kasar sebelum ini dan dadah yang dihasilkan itu untuk pasaran negeri-negeri di utara semenanjung," katanya

Abdul Rahim berkata polis kini menyiasat sama ada terdapat penglibatan anggota kongsi gelap lain yang menjadi 'dalang' dalam kegiatan itu.

Dalam operasi lebih lapan jam berakhir pukul 3 pagi ini, polis merampas 34 kilogram heroin dan 2,738 pil ecstasy dianggar bernilai RM1.1 juta selain menyita kereta jenis Toyota Altis, Proton Wira dan wang tunai berjumlah RM1,382.

Polis turut menemui pelbagai ramuan tambahan seperti pelarut cat, serbuk Eno perisa limau, perisa pandan dan badam dipercayai dimasukkan ke dalam dadah itu selain beberapa mesin pengisar yang kelihatan masih baharu, katanya.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis kini giat memburu dua lagi lelaki yang melarikan diri dalam serbuan polis berhubung rampasan 470.1 kilogram ganja dianggar bernilai RM1.6 juta di Teluk Bahang, dekat sini Sabtu lepas.

Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit telah dikenal pasti dan polis yakin mereka masih berada di sekitar Pulau Pinang.

Tags / Kata Kunci: Kongsi gelap Pheh

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan