Doktor Cabul Pekerja Baharu

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 5:46 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Seorang wanita berusia 21 tahun yang baharu memulakan kerja sebagai pembantu klinik selama empat hari, trauma selepas mendakwa dia dicabul oleh majikannya.

Wanita yang telah setahun mendirikan rumah tangga itu berkata, dalam kejadian awal bulan ini, majikannya, seorang doktor sebuah klinik swasta dekat sini, turut mencuba untuk merogolnya.

Ketika kejadian, dia berseorangan di bahagian belakang klinik sebelum secara tiba-tiba didatangi doktor tersebut yang memeluk, mencium, meraba serta cuba membuka seluarnya.

Doktor itu turut memberi amaran kepadanya agar tidak memberitahu kepada sesiapa berkenaan hal itu.

Saya mengadu kepada suami dan kami terus ke balai polis, membuat laporan serta turut mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi sebelum diminta rujuk ke Hospital Sultan Ismail," kata beliau kepada pemberita di Taman Kota Jaya, di sini.

Sementara itu, Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata suspek atau pelaku sebegini tidak boleh dibiarkan terlepas kerana akan mengundang bahaya kepada keselamatan awam sama ada pekerjanya sendiri atau pesakitnya.

"Sehubungan itu, adalah dicadangkan supaya perbuatan tidak bermoral doktor terbabit dibawa ke pengetahuan Lembaga Disiplin Majlis Perubatan Malaysia untuk diambil tindakan tegas terhadapnya," kata beliau yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut.

Turut hadir ialah Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Muhammad Fadzli Hassan dan Johan Yassin.

Difahamkan, doktor terbabit pernah dituduh atas kesalahan serupa pada 2009.

Khairul Anwar mendakwa ramai lagi antara pesakit yang pernah menjadi mangsa doktor terbabit namun masing-masing tidak berani untuk melaporkan kejadian ini atas faktor tidak mahu mendapat aib.

Dalam pada itu, Khairul Anwar juga mendesak pihak berkuasa segera mengambil tindakan sewajarnya memandangkan dua minggu sudah berlalu sejak laporan polis dibuat.

Pada 14 Mei lepas, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman ada mengesahkan satu laporan telah dibuat di Balai Polis Kota Tinggi berhubung seorang pekerja wanita sebuah klinik gigi di daerah ini mengalami gangguan seksual oleh majikannya pada 7 Mei lalu.

Tags / Kata Kunci: Johor , Cabul

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan