Pelajar Universiti Jual Rokok Seludup Tampung Kos Sara Hidup - Berita Jenayah | mStar

Pelajar Universiti Jual Rokok Seludup Tampung Kos Sara Hidup

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 7:00 AM

Zarif menunjukkan rokok seludup untuk dijual di dalam kampus kepada mStar Online baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Akibat merasakan dirinya 'pokai', seorang pelajar sebuah universiti di Johor memilih untuk menjual rokok seludup kepada rakan-rakan di institut pengajian tinggi awam itu.

Tanpa disangka, pendapatan yang diperolehi membuatkan dia mampu menampung kos pembelajaran disamping keluar pada hujung minggu untuk bergembira bersama rakan.

Pelajar yang mahu dikenali sebagai Zarif, 23, itu memberitahu mStar Online, dia kini tidak gusar mengenai sumber kewangan kerana perniagaan rokok seludup mendapat sambutan daripada rakan-rakan.

Menurutya, penjualan rokok seludup di kampus laris kerana pelajar lain dapat berjimat selain membuatkan mereka mudah mendapatkan 'stok'.

"Saya seronok menjual rokok seludup ini kerana mendapat permintaan tinggi daripada pelajar-pelajar, kerana harganya juga murah berbanding rokok bercukai di kedai luar.

"Sebagai senior, saya juga tidak berdepan saingan kerana diketahui sebagai 'tokan' rokok di kalangan pelajar," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagi memastikan perniagaan itu tidak dapat dikesan pihak universiti, Zarif hanya bertindak aktif menjual rokok seludup di kalangan asrama yang dihuniya selain rakan rapat.

"Saya lebih menumpukan penjualan di asrama kerana kebanyakkan pelanggan saya selalunya malas untuk keluar kampus bagi mendapatkan rokok.

"Jadi saya memudahkan kerja mereka dengan menjual rokok di dalam asrama dengan harga yang lebih murah. Saya juga percaya mereka tidak akan bocorkan kepada sesiapa," ujarnya.

Anak sulung daripada tiga beradik itu memberitahu, dia mendapat modal awal selepas memperolehi  pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Saya akui gunakan duit PTPTN untuk dijadikan modal, tetapi sehingga sekarang duit terkumpul sudah mencukupi untuk menampung modal yang dikeluarkan.

"Selalunya sekarton rokok akan habis dijual dalam sehari dan setiap minggu saya akan membawa masuk kampus lebih empat karton," katanya.

Daripada jualan tersebut, Zarif akan mendapat keuntungan bersih lingkungan RM300 ke atas setiap bulan.

Sementara itu, Zarif turut mengakui perbuatan menjual rokok di kampus merupakan kesalahan besar dan jika ditangkap boleh dibuang serta dikenakan denda oleh pihak universiti.

"Saya tahu perbuatan ini salah, namun saya cuma mahukan kehidupan yang lebih stabil dan mendapat sumber kewangan sendiri daripada mengharapkan ihsan ibu bapa.

"Buat masa ini saya tidak akan berhenti menjual sehinggalah saya tamat pengajian," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Rokok , Universiti
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan