Poca: Enam Tauke Pelacuran Ditahan Sejak Awal Tahun - KPN

Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2015 12:39 PM

pelacuran
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Enam tauke pelacuran ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca) dari awal tahun ini sehingga semalam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, mereka adalah antara 247 yang ditahan bagi kesalahan lain di bawah akta dan tempoh yang sama.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melipatgandakan usaha membanteras masalah pelacuran ini. Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama kepada PDRM, membekalkan maklumat kepada usaha kita ini," katanya dalam entri terbaharunya di laman sosial Facebook.

Sepanjang tahun lepas, beliau berkata 351 orang ditahan di bawah akta sama, dengan 18 daripadanya adalah tauke pelacuran.

Beliau turut mengucapkan syabas kepada Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterism (STAGG) yang berjaya menangkap 25 pelayan pelanggan (GRO) warga asing dalam serbuan di pusat-pusat hiburan di Johor dan Pahang, semalam.

-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Poca , Khalid Abu Bakar , pelacuran

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan