Mayat Reput Dalam Kotak Adalah Warga Asing - Polis - Berita Jenayah | mStar

Mayat Reput Dalam Kotak Adalah Warga Asing - Polis

Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2015 12:02 PM

Anggota polis mengusung keluar mayat seorang wanita yang reput dari sebuah hutan di Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah, Sabtu. Mayat wanita itu dipercayai berusia dalam lingkungan 30an, dibuang dengan menggunakan sebuah kotak besar ke dalam hutan berkenaan.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mayat seorang wanita yang ditemui telah reput dan disumbat dalam kotak di tepi belukar di Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah di sini semalam dipercayai merupakan rakyat asing.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, bedah siasat mendapati tiada kecederaan luaran atau dalaman pada mayat.

"Sebab kematian wanita itu diklasifikasi akibat pereputan teruk," katanya.

Beliau berkata, wanita itu dipercayai telah mati antara seminggu hingga satu bulan lalu.

Kotak yang berisi mayat itu ditemui seorang pencari tin dan botol.-- Bernama

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan