Ops Noda: 25 GRO Vietnam, 5 Pekerja Lelaki Rakyat Asing Ditahan - Berita Jenayah | mStar

Ops Noda: 25 GRO Vietnam, 5 Pekerja Lelaki Rakyat Asing Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2015 4:25 PM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Sebanyak 25 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan lima pekerja lelaki warga Myanmar dan China ditahan dalam serbuan Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Seri Manjung di sini malam Sabtu.

Turut ditahan 19 pelanggan termasuk lima remaja lelaki tempatan bawah umur serta tiga lelaki warga China dan dua lelaki warga Myanmar yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Operasi pukul 11 malam itu disertai lapan anggota dari pasukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak diketuai Pegawai Operasi, Insp Nor Shaharah Marzuki serta dibantu tiga anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

Nor Shaharah berkata, kesemua mereka yang berumur lingkungan 16 hingga 36 tahun itu dibawa ke IPD Manjung untuk pemeriksaan lanjut.

Ujian air kencing mendapati sembilan orang GRO dan empat pelanggan lelaki tempatan positif dadah jenis amphetamine dan ketamine," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau berkata pengurus dan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga kaunter di pusat hiburan tersebut turut ditahan selepas siasatan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Tags / Kata Kunci: GRO , Vietnam , Seri Manjung , tahan
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan