Esscom Kekang Saki Baki Penculik Negara Jiran

Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2015 12:31 PM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan terus menyusun strategi bagi menghadapi ancaman saki baki penjenayah rentas sempadan meskipun seorang pemimpin kumpulan militan Abu Sayyaf yang dikaitkan dengan penculikan dua warga Malaysia di Sandakan, terbunuh baru-baru ini.

Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun berkata pihak Esscom memandang serius ancaman kumpulan saki baki penjenayah itu yang menurutnya boleh memudaratkan keselamatan dan keamanan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

"EssCom akan memperkemas dan menyusun pelbagai strategi bagi mengekang kemasukan saki baki penjenayah rentas sempadan (dari wilayah selatan Filipina) ke Sabah melalui perairan Esszone dengan menggunakan aset sedia ada," katanya.

Abdul Rashid berkata demikian pada majlis perasmian Kejohanan Bola Tampar Wanita Piala Komander di sini, Ahad.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Ruji Ubi dan Pengarah Bahagian Perisikan Esscom Datuk Md. Rahim Mohammad.

Abdul Rashid berkata Esscom berjaya mematahkan kurang-kurangnya enam cubaan menculik di Esszone sebelum berlaku kejadian penculikan di Sandakan.

Beliau meminta rakyat Sabah, khususnya komuniti pesisir pantai di Esszone supaya sentiasa bekerjasama dengan Esscom bagi memantapkan lagi kawalan keselamatan di Esszone yang amat luas.

Mengenai kejohanan bola tampar Piala Komander itu, beliau berkata sukan boleh menjadi medium untuk meningkatkan perpaduan, kerjasama berpasukan dan meningkatkan motivasi selain memberi kesan baik kepada kesihatan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Esscom , Abdul Rashid Harun , Esszone

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan