Lelaki Dibunuh Ketika Beli Ubat Untuk Tunang

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mei 2015 11:50 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Seorang peniaga kanopi, Subramaniam, 30, dilanggar sebuah kereta ketika melarikan diri daripada enam lelaki yang cuba menyerangnya menggunakan parang.

Subramaniam yang meletakkan motorsikalnya di hadapan sebuah pasar raya di Taman Puchong pada pukul 8.30 malam Jumaat ingin membeli ubat untuk tunangnya yang sedang sakit.

Dia kemudian diserang sekumpulan lelaki dengan parang dan ditetak beberapa kali di bahagian badan sebelum berlaku kemalangan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya yang baharu ACP Yahaya Ramli berkata, Subramaniam cuba melarikan diri selepas ditetak namun dilanggar sebuah kereta.

"Dia cuba melarikan diri tetapi hanya berjaya sejauh 10  meter sebelum dilanggar oleh kereta Proton berwarna putih.

"Kumpulan lelaki yang menyerangnya turut melarikan diri selepas melihat kemalangan itu termasuk pemandu kereta tersebut," ujarnya.

ACP Yahya turut tidak menolak kejadian tersebut sebagai serangan balas dendam.

"Kami percaya kejadian itu merupakan satu tindakan balas dendam," katanya sambil menambah bahawa Subramaniam dibebaskan tahun lalu selepas menjalani hukuman penjara lima tahun kerana menyebabkan kecederaan parah salah seorang saudaranya.

Polis telah memperolehi rakaman video litar tertutup kejadian. 

Tunang Subramaniam, yang dikenali sebagai Jessie, berkata beliau tidak dapat mengenali Subramaniam kerana wajah lelaki itu remuk teruk.

Eksekutif bank berusia 25 tahun itu berkata dia hanya mengenal pasti individu tersebut adalah Subramaniam melalui selipar dan motosikalnya.

Tags / Kata Kunci: Ditetak , Jenayah

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan