Ops Warta: 640 Ditahan, 1,600 Serah Diri - KPN

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2015 3:41 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sehingga Khamis, 640 pesalah trafik ditahan manakala 1,600 orang lagi menyerah diri sejak pelancaran Ops Warta pada 19 Mei lepas.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia juga berjaya mengurangkan jumlah waran yang belum diselesaikan daripada kira-kira 1.8 juta kepada 1.5 juta setakat pada Khamis.

Ops Warta dilaksana bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai status waran tangkap yang belum diselesaikan seperti diumum oleh Khalid dalam Ops Selamat 5 yang dilancar semasa perayaan Aidilfitri tahun lepas.

"Kami akan teruskan operasi ini dan saya menyeru kepada pihak yang berkenaan janganlah sampai kami membuat tangkapan kerana sebenarnya kami tak suka buat tangkapan ini.

"Janganlah sampai kami pergi rumah ke rumah, itu adalah langkah terakhir yang ingin kami lakukan, Jadi sekali lagi saya seru supaya mereka yang berkenaan menyemak dengan serta-merta kerana proses menyemak telah dipermudah, melalui telefon bimbit boleh, pergi balai pun boleh, melalui internet pun boleh, macam-macam cara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Pegawai Awam PDRM bersama Ketua Polis Negara yang bertema Bersama Merealisasikan Transformasi PDRM di sini Jumaat.

Khalid turut mengakui tindakan menahan pesalah trafik ketika sekatan jalan raya bukan langkah yang baik namun pihaknya tidak mempunyai pilihan lain.

Katanya, mereka yang didapati cuba bersubahat dan melindungi pesalah trafik juga boleh diambil tindakan kerana menghalang penjawat awam melaksana tugas.

Sebelum operasi rumah ke rumah dijalankan, Khalid berkata pihaknya akan mengkaji keberkesanan pelaksanaan Ops Warta selepas dua minggu.

Dalam pada itu, beliau turut ditanya berhubung perkembangan siasatan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya dah cakap sebelum ini bahawa siasatan dilakukan oleh pasukan petugas khas yang dianggotai PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.

"Kami masih menunggu laporan daripada Audit Negara yang khabarnya akan menyelesaikan tugas mereka tidak lama lagi kerana kami tak mahu bertindih-tindih memandangkan dia nak menyiasat dokumen yang sama," kata Khalid sambil menambah pasukan petugas khas turut menyiasat maklumat baharu dan sudah memanggil beberapa individu untuk diambil keterangan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berkaitan bilangan dan identiti individu terbabit.

Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar , Ops Warta

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan