Tak Puas Hati Nasi Kandar Kena GST, Pelanggan Bawa Parang Mengamuk Dalam Restoran

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 10:32 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang lelaki bertindak memecahkan cermin almari menempatkan lauk-pauk dalam sebuah restoran nasi kandar di Jalan Padang Tembak, Air Itam di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam  kejadian pada 1.30 petang itu, suspek pada mulanya menumbuk pekerja restoran berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan nasi kandar yang dibelinya.

"Suspek yang datang bersama rakannya turut membuang bungkusan makanan itu ke lantai sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan kemudiannya beredar," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Mangsa yang merupakan pekerja lelaki rakyat Bangladesh itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius, katanya.

Beliau berkata kira-kira 10 minit kemudian suspek datang semula dan membawa sebilah parang dan mengamuk sebelum melarikan dengan motosikal jenis Honda EX5.

Katanya, suspek berusia 39 tahun yang beralamat di Lintang Kampung Melayu, Air Itam itu ditahan tidak berapa lama kemudian dan direman sehingga esok.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati lelaki itu tidak berpuas hati makanan yang dibelinya dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan," katanya.
Tags / Kata Kunci: nasi kandar , GST , Mior Faridalathrash Wahid

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan