Polis Tembak Mati Ahli Kongsi Gelap Sio Sam Ong

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 1:09 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Polis menembak mati seorang anggota kongsi gelap dalam kejadian berbalas tembakan di depoh simpanan minyak di Taman Seri Rambai, di sini kira-kira pukul 5.45 pagi Khamis.

Terdahulu sebelum kejadian, lelaki yang merupakan anggota kongsi gelap Sio Sam Ong menembak mati kenalannya ketika bergaduh di sebuah pusat hiburan berhampiran depoh terbabit.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis menerima maklumat kira-kira pukul 2.30 pagi ini memaklumkan seorang lelaki mati di hadapan sebuah pusat hiburan di Taman Seri Rambai, di sini.

"Polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati terdapat mayat seorang lelaki berusia 30 tahun dan hasil siasatan kami berjaya mengesan suspek yang bersembunyi di sebuah kontena di depoh simpanan minyak tersebut.

"Kira-kira pukul 4 pagi sepasukan polis mengepung kawasan depoh yang terletak 500 meter dari pusat hiburan itu serta meminta lelaki berusia 40 tahun terbabit menyerah diri, bagaimanapun dia enggan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Abdul Rahim berkata sejam lebih selepas itu, lelaki berkenaan bertindak melepaskan tembakan ke arah polis dan anggota bertugas terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri serta terkena geng kongsi gelap terbabit.

Katanya lelaki itu yang baru sahaja dibebaskan dari penjara dua bulan lepas dan berasal dari Padang Serai, Kedah, mati di tempat kejadian akibat terkena tembakan.

"Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan bertindak menembak kenalannya yang berasal dari Taman Seri Rambai kerana tidak berpuas hati dengan urusan penjualan dadah," katanya.

Beliau berkata berdasarkan rakaman CCTV yang terdapat di pusat hiburan itu, suspek datang dengan menaiki sebuah kereta sebelum masuk ke premis terbabit dan keluar semula bersama mangsa sebelum berlaku pertengkaran serta tolak menolak antara mereka.

"Sebaik keluar dari pusat hiburan itu, lelaki berkenaan masuk semula ke dalam keretanya dan mengambil sepucuk pistol jenis semi auto serta melepaskan tembakan ke arah mangsa yang berada di luar premis terbabit lalu melarikan diri ke arah depoh simpanan minyak tersebut," katanya.

Abdul Rahim berkata pemeriksaan polis mendapati lelaki berkenaan melepaskan lima das tembakan ke arah mangsa dengan tiga daripadanya terkena dada kiri dan perut kenalannya manakala dua tersasar.

Katanya ketika kejadian, terdapat lebih 100 pengunjung pusat hiburan dan kesemua mereka kemudian lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Mayat mangsa dan suspek berkenaan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, anggota kongsi gelap itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan kes bunuh, memiliki senjata api dan ugutan jenayah manakala mangsa juga mempunyai tiga rekod jenayah membabitkan kes dadah.

Tags / Kata Kunci: Kongsi Gelap , Sio Sam Ong

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan