Peluang 14 Kru Kapal Korek Hidup Masih Tinggi - APMM

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 5:01 PM

Pengarah Operasi Daerah Maritim 7 Komander Maritim Mustafa Kamal Abas menunjukkan kawasan dan kapal korek yang karam di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili di Kota Tinggi, Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Peluang untuk kesemua 14 kru kapal korek yang hilang selepas karam di perairan Pengerang di sini pada rabu, untuk hidup adalah tinggi, kata Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Tanjung Sedili, Komander Maritim Mustafa Kamal Abas.

"Jika daya ketahanan badan masing-masing tinggi dalam masa dua hari, kebarangkalian untuk hidup masih tinggi. Bagaimanapun bila masuk hari keempat, peluang mungkin sudah berkurangan," kata beliau kepada pemberita di Jeti Tanjung Pengelih, di sini Khamis.

Terdahulu, beliau bersama tujuh pengamal media melawat lokasi kejadian di 8.6 batu nautika Timur Tanjung Punggai, perairan Pengerang di sini menggunakan bot milik APMM.

Mustafa berkata usaha untuk menarik badan kapal berkenaan ke pesisiran pantai Tanjung Punggai juga masih dilakukan sejak awal pagi tadi, namun tidak dapat dipastikan bila ia selesai.

"Dengan keadaan laut yang bergelora, kami tidak menolak ia memakan masa antara empat hingga lapan jam untuk dibawa ke pesisiran pantai, bergantung kepada kelajuan kapal tunda yang menariknya," kata beliau.

Setakat 2.30 petang tadi, APMM gagal menemukan sebarang mayat di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, Mustafa menafikan kejadian itu berlaku di perairan Singapura, seperti mana yang dilaporkan media di negara itu semalam.

"Pagi tadi memang ada laporan itu keluar dalam radio. Namun kami tegaskan ia tidak seperti yang dilaporkan.

"Kami telah beritahu Wisma Putra semalam bahawa kejadian itu berlaku di perairan kita," tambahnya.

Pada kejadian 4.20 pagi semalam, kapal korek itu yang membawa muatan pasir dari Teluk Ramunia ke Pengerang itu, terbalik selepas dipercayai dilanggar ombak yang besar menyebabkan 14 kru kapal terjatuh ke dalam laut.

Tags / Kata Kunci: kapal korek , Mustafa Kamal Abas , APMM

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan