Dalang Kes Culik Di Sandakan Maut Dalam Insiden Berbalas Tembakan

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 9:31 AM

Mindas Muktadil.

(Ubah saiz teks)

MANILA: Seorang pemimpin kumpulan militan Abu Sayyaf yang dikaitkan dengan penculikan dua warga Malaysia di Sandakan, terbunuh petang Rabu, lapor tentera Filipina.

Mindas Muktadil dilaporkan maut semasa insiden berbalas tembakan dengan pegawai keselamatan di sebatang jalan di wilayah Jolo, sebuah kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf yang terletak 1,400 kilometer (km) di selatan bandar Manila.

Laporan tersebut difailkan Komander Pasukan Petugas Bersama Sulu, Kolonel Alan Arrojado.

Muktadil dan adiknya, Kadafy dipercayai dalam kes penculikan pengurus restoran Ocean King Seafood, Thien Nyuk Fun, 50 dan Bernard Then Ted Fen, 39, yang bekerja sebagai jurutera.

Kedua-dua tebusan dilaporkan dibawa ke Jolo.

Ahli keluarga mereka dikatakan telah dihubungi kumpulan Abu Sayyaf yang menuntut wang tebusan dalam jumlah yang banyak.

Menurut laporan tentera Filipina itu, adik-beradik Muktadil itu merupakan sebahagian daripada kumpulan Abu Sayyaf yang beroperasi dibawah Idang Susukan, Alhabsy Misaya, Anga Adji dan Yasser Igasan.

Adik-beradik itu dikaitkan dengan siri penculikan di Sabah termasuk satu insiden melibatkan pelancong Taiwan, Evelyn Chang.

Chang diculik ketika dia dan suaminya Hsu Li0min bercuti di Pulau Pom Pom pada 2013.

Suaminya dibunuh manakala Chang dikurung kumpulan Abu Sayyaf selama dua bulan sebelum dibebaskan di sebuah bandar kecil di Jolo.

Muktadil juga dikatakan sebahagian daripada kumpulan yang menculik, seorang warga China, Gao Huayun dan seorang pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan pada April tahun lalu di Resort Singamata, Semporna.

Kumpulan Abu Sayyaf ditubuhkan oleh pejuang pemberontak Moro Islam pada 1991 dengan dibiayai Al-Qaeda.

Namun, ianya tidak begitu dikenali sehingga Mei 2000 apabila kumpulan tersebut menculik 21 tebusan di Pulau Sipadan.

Tags / Kata Kunci: Mindas Muktadil , Abu Sayyaf , culik Sandakan

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan