Bungkusan 'Berdetik' Untuk Pengganas Yang Telah Mati Timbul Kekecohan - Berita Jenayah | mStar

Bungkusan 'Berdetik' Untuk Pengganas Yang Telah Mati Timbul Kekecohan

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 6:04 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis sedang menjejaki lelaki yang 'menghantar' bungkusan 'berdetik' yang disangkakan bom melalui sebuah bas ekspres kepada dua lelaki yang  mati ketika pencerobohan Lahad Datu 2013.

Lelaki itu dipercayai telah meletakkan bungkusan itu di dalam tempat simpan bagasi bas dari Semporna ke ibu negaeri di sini.

"Kita berharap dapat membawanya (suspek) pada petang ini bagi membantu siasatan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Salehhudin Abdul Rahman.

Pada malam Rabu, bungkusan daripada penghantar 'bapak Jamalul Kiram' dan dialamatkan kepada 'Mat Bom' menimbulkan kekecohan selepas pemandu bas menyedari terdapatnya bungkusan itu.

Pemandu tersebut yang berhenti untuk mengambil penumpang kira-kira pukul 10.30 malam berasa curiga dengan kotak kecil  berukuran 20cm X 8cm X 12 cm tinggi  yang disimpan di dalam tempat simpan bagasi.

Kemudian dia terlihat nama keluarga Kiram pada bungkusan itu. Keluarga Kiram terlibat dalam pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu pada Februari 2013.

Kemudian matanya terlihat nama penerima - Mat Bom, yang merupakan salah seorang daripada mereka yang kononnya mempunyai kaitan dengan keluarga Kiram. (Kedua-dua lelaki meninggal dunia selepas pencerobohan).

Skuad bom polis akhirnya meletupkan bungkusan itu dan mendapati bahawa ia mengandungi jam penggera.

Salehhudin berkata 22 orang termasuk pemandu bas, telah disoal berikutan kejadian.

"Lima daripada penumpang ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah," katanya.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan