Amah Dakwa Ditampar Hingga Patah Gigi Gagal Cari Baju Anak Majikan

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 10:09 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KLANG: Gara-gara gagal mencari pakaian anak majikannya, seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa ditampar sehingga cedera di bahagian telinga dan patah gigi dalam kejadian di rumah majikannya di Bandar Botanic di sini, Ahad lepas.

Pembantu rumah berusia 40 tahun itu membuat laporan polis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan awal mendapati dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa mendakwa ditampar beberapa kali sehingga mengalami kecederaan.

"Mangsa kemudian dibawa majikannya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk rawatan setelah dia mengalami kecederaan.

"Siasatan turut mendapati mangsa telah bekerja dengan majikannya (suspek) seorang suri rumah dan suaminya seorang ahli perniagaan kira-kira dua tahun lepas," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Kamarul Zaman berkata susulan laporan polis itu, majikan wanita berumur 48 tahun itu ditahan semalam dan direman selama dua hari sehingga esok.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Tags / Kata Kunci: amah didera , ACP Kamarul Zaman Mama

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan