1,125 Pesalah Trafik Serah Diri, 403 Ditahan Di Seluruh Negara

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2015 11:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 1,125 pesalah trafik yang  dikenakan waran tangkap tampil ke balai polis untuk menyerah diri, setakat 3 petang Rabu.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata dalam Ops Warta yang bermula di seluruh negara sejak semalam, 403 pesalah trafik yang dikenakan waran tangkap juga ditahan. 

"Jumlah individu yang dibebaskan dengan jaminan adalah sebanyak 284 orang manakala 119 pesalah trafik dituduh di mahkamah dalam tempoh yang sama," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.


Ops Warta dilancarkan bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai status waran tangkap yang belum diselesaikan dan sejumlah 1.59 juta merupakan baki daripada 1.8 juta saman seperti diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Ops Selamat 5 yang dilancarkan semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.
Tags / Kata Kunci: OPs Warta , waran tangkap

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan