Lelaki Warga Bangladesh Mati Selepas Gaduh Di Restoran

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2015 12:01 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang lelaki warga Bangladesh mati selepas bergaduh di sebuah restoran di Persiaran Pulai Baru 1, Kampung Kepayang, Simpang Pulai di sini Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi) Supt Anuar Othman berkata mangsa berumur 43 tahun bersama dua rakannya minum di restoran berkenaan sebelum berlaku pergaduhan antara mereka.

Beliau berkata polis menerima maklumat kejadian pada pukul 6.45 petang dan menemui mangsa yang memiliki taraf penduduk tetap dalam keadaan terlentang di kaki lima restoran itu.

"Mangsa mati di tempat kejadian dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan ketukan menggunakan objek keras di bahagian kepala mangsa," katanya kepada pemberita Selasa.

Anuar berkata polis sedang mengenal pasti motif pergaduhan dan tidak menolak kemungkinan kejadian itu melibatkan lebih daripada dua individu.

Katanya polis telah menahan pemilik restoran itu untuk siasatan lanjut.

"Orang ramai termasuk pelanggan yang melihat kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran," katanya.

Tags / Kata Kunci: maut , gaduh , Bangladesh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan