Lelaki Miliki 24 Waran Tangkap Ditahan Ketika Rempuh Sekatan Jalan Raya

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2015 10:03 PM

Inspektor Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar Inspektor Othman Abdullah (kiri) bersama anggotanya menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang memiliki 24 waran tangkap dalam satu sekatan jalan raya sempena Ops Warta di Jalan Lencong Barat, Lebuhraya Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang lelaki berumur 21 tahun yang memiliki 24 waran tangkap ditahan dalam satu sekatan jalan raya sempena Ops Warta di Jalan Lencong Barat, Lebuhraya Sultanah Bahiyah di sini Rabu.

Inspektor Penguat Kuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Insp Othman Abdullah berkata lelaki terbabit ditahan bersama seorang rakannya berumur 21 tahun, yang juga pemandu kereta jenis Proton Saga FLX.

Beliau berkata dalam kejadian 5.30 petang itu, pemandu terbabit merempuh sekatan jalan raya ketika anggotanya mahu melakukan pemeriksaan.

Katanya kedua-dua lelaki terbabit ditahan semula dan pemeriksaan mendapati lelaki dari Sungai Petani itu, mempunyai 24 waran tangkap atas kesalahan pengubahsuaian kenderaan dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

"Sebanyak 20 saman tertunggak di Perlis atas kesalahan mengubah suai kenderaan dan empat lagi ialah cukai jalan kenderaan tamat tempoh dan nombor pendaftaran. Kita akan serahkan lelaki terbabit kepada Ibu Pejabat Polis Padang Besar, untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di sini.

Othman berkata hasil soal siasat mendapati lelaki terbabit yang sebelum ini bekerja dengan sebuah syarikat di Padang Besar, Perlis sebagai pemandu mengakui disaman lebih 20 kali sejak 2009 namun majikannya gagal menjelaskan saman berkenaan.

Katanya dia yang mempunyai isteri dan seorang anak lelaki turut memaklumkan telah berhenti kerja dengan majikan lamanya di Perlis sejak 2013 dan kini bekerja dalam bidang pendawaian elektrik di sekitar negeri.

Beliau berkata pemeriksaan terhadap pemandu kereta itu mendapati dia tidak mempunyai waran tangkap dan polis turut mengeluarkan saman atas kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan Seksyen 55 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak berhenti ketika melakukan pemeriksaan dalam sekatan jalan raya.

Othman berkata dalam Ops Warta hari kedua, polis turut menahan seorang lagi lelaki berumur 23 tahun awal hari ini di sebuah premis perniagaan kerana mempunyai dua waran tangkap dan sehingga 5 petang, 30 pesalah trafik lain menyerah diri dengan membuat bayaran saman di Unit Trafik IPD Kota Setar dengan jumlah lebih 60 waran tangkap atas pelbagai kesalahan.

"Di IPD Kota Setar hari ini kita berjaya mengumpul sebanyak RM32,230 hasil saman tertunggak berbanding lebih RM20,000 pada hari pertama operasi itu dijalankan," katanya.

Katanya pihaknya akan mencari pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap di kediaman masing-masing selepas gagal untuk menahan mereka di tempat kerja mereka sebelum ini kerana telah berhenti kerja.

Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mengesan pesalah trafik yang gagal membayar saman tertunggak sejak sekian lama.

Tags / Kata Kunci: waran tangkap , Ops Warta

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan