Video Bayi Didera Rakaman Kes Lama

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 10:53 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Video yang memperlihat seorang bayi didera yang menjadi viral sejak beberapa hari lalu merupakan rakaman kes lama.

Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi) Ipoh, Supt Anuar Othman berkata suspek yang merupakan ibu bayi tersebut turut membuat rakaman lain.

"Jadi tidak ada kes penderaan baharu," katanya.

Rakaman berdurasi 52 saat itu yang memaparkan bayi tersebut dicampak atas katil dan digoncang serta dilambung seorang wanita menjadi viral di Facebook dan  WhatsApp.

Kes tersebut pada mulanya dilapor pada 19 April lepas.

Beliau berkata mahkamah telah memerintahkan bayi berkenaan diserah untuk  jagaan neneknya dengan diselia Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Bayi tersebut kini dalam keadaan sihat dan hasil pemeriksaan doktor mendapati tiada sebarang kecederaan padanya," katanya.

Anuar berkata ibu bayi tersebut yang berumur 17 tahun telah diberi kaunseling dan kertas siasatan kes telah dirujuk kepada pihak pendakwa raya.


Tags / Kata Kunci: dera bayi , video lama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan