Kanak-Kanak Lemas Main Longkang

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 10:01 PM

Anggota Bomba dan Penyelamat menunjukkan lokasi seorang budak lelaki 11 tahun ditemui mati selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di flat Sri Lanang Jalan Harmonium Taman Desa Tebrau pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Keseronokan lima kanak-kanak mandi di dalam longkang bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dihanyutkan arus deras di Taman Desa Tebrau di sini petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata mayat  Mohd Danish Hakim Mohd Yazid, 11, ditemui pihak bomba kira-kira pukul 6.30 petang setelah sejam usaha mencari dan menyelamat dilakukan.

"Mangsa bersama empat rakannya sebelum itu mandi dan bermain hujan di sebuah longkang di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau.

"Menyedari air semakin naik dan deras, mereka telah naik ke tebing. Namun mangsa turun semula ke dalam longkang untuk menguji kedalaman dan kederasan air, sebelum dia dihanyutkan arus," katanya.

Sulaiman berkata sewaktu kejadian hujan turun dengan lebat dan air longkang sedalam 1.2 meter.

"Mayat mangsa ditemui kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian dan telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk dibedah siasat," katanya.

Tags / Kata Kunci: lemas , main longkang , Taman Desa Tebrau

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan