Pengarah Syarikat Disamun Hampir Setengah Juta

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2015 11:10 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pengarah sebuah syarikat kerugian hampir setengah juta ringgit selepas disamun sekumpulan lelaki dipercayai warga Amerika Latin di hadapan sebuah gudang di Seksyen 15 di sini petang Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Ruslan Abdullah berkata kejadian kira-kira 3.20 petang itu berlaku ketika mangsa yang berusia 42 tahun sedang memandu Ford Ranger memasuki kawasan Seksyen 15.

"Secara tiba-tiba tiga lelaki dipercayai warga Amerika Latin yang berada dalam sebuah kereta BMW memberi isyarat kepada mangsa bahawa tayar belakang kenderaan mangsa pancit," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata berikutan itu mangsa memberhentikan kenderaannya bagi memeriksa tayar kenderaan berkenaan.

"Ketika mangsa memberhentikan kenderaannya, seorang daripada suspek telah membuka pintu kenderaan mangsa sebelum melarikan beg milik mangsa yang diletakkan di tempat duduk bahagian belakang pemandu," katanya.

Ruslan berkata sebelum kejadian, mangsa dilaporkan telah mengeluarkan wang tunai berjumlah RM449,000 dari sebuah bank di Subang Jaya.

Katanya selain wang tunai, suspek turut melarikan sebuah telefon bimbit, sebuah komputer riba dan beberapa dokumen penting dari kenderaan mangsa.

"Susulan kes ini, kita telah membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti identiti sekali gus mengesan kumpulan suspek tersebut.

"Siasatan lanjut juga dibuat bagi menyiasat sama ada suspek telah mengekori mangsa ketika mangsa mengeluarkan wang tunai di Subang Jaya," katanya.

Tags / Kata Kunci: samun , pengarah syarikat , Amerika Latin

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan