Mangsa Tebusan Amuk Diberi Rawatan Psikiatri Tangani Trauma

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2015 6:44 PM

Rohani Ramli menenangkan tiga kanak-kanak (dari kanan) Rabiatul Akmah Ramlan, Nur Qaseh Elfiera dan Nur Shaqilla Natasha yang menjadi tebusan bapanya dalam kejadian amuk di Taman Duyong Indah ketika melakukan lawatan di Hospital Melaka pada Ahad. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Lima mangsa yang menjadi tebusan dalam kejadian amuk bersenjata lebih enam jam di Taman Duyong Indah di sini, awal pagi tadiakan diberi rawatan psikiatri kerana dipercayai mengalami trauma disebabkan pengalaman menakutkan itu.

Pakar Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir berkata semua mangsa tersebut berada dalam keadaan sangat takut, menggigil dan tidak dapat bertutur dengan lancar sebaik sahaja berjaya diselamatkan pihak polis.   

"Ia kerana situasi tersebut mempunyai risiko menimbulkan trauma kepada mangsa tetapi dengan bantuan kepakaran yang ada dan follow-up yang baik kami percaya risiko itu dapat dikurangkan," katanya kepada pemberita selepas lawatan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah dan isterinya Rohani Ramli, yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Daerah Melaka Tengah.   

Beliau berkata rawatan psikiatri tersebut perlu diberi untuk jangka masa panjang agar kejadian itu tidak memberi kesan buruk terhadap masa hadapan mangsa terutama kanak-kanak terbabit.

"Kami telah memberi perlindungan sewajarnya kepada semua mangsa tersebut danpakar psikiatri telah dipanggil untuk melihat keadaan mereka yang berada dalam keadaan takut.

Dalam kejadian amuk tersebut, isteri kepada suspek berusia 44 tahun dan ibunya, 63, serta tiga anaknya berusia tiga, tujuh dan sembilan tahun dijadikan mangsa tebusan, lelaki berusia 30-an itu lebih enam jam di rumah mereka di Taman Duyong Indah di sini.

Kesemua mereka berjaya diselamatkan polis selepas polis bertindak menyerbu masuk rumah tersebut kira-kira 2 pagi tadi.

Mengulas lanjut, Dr Abdul Rahman berkata semua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada anggota badan yang patah.   

"Isteri mangsa mengalami lebam pada bahagian muka tetapi dia dalam keadaan stabil. Ibu suspek juga tidak mengalami kecederaan parah dan telah dibenar keluar hospital pagi tadi," katanya.

Sementara itu, anak sulung suspek berkata dia bersama dua lagi adiknya sertaibu dan neneknya sering dipukul bapanya terutama sejak dua minggu kebelakangan ini.

Kanak-kanak itu berkata sebelum kejadian itu, dia dan dua lagi adik merekasedang menonton televisyen sebelum suspek menyuruhnya mengambil air minuman di dapur kira-kira 6.30 petang semalam.   

"Lepas saya bagi ayah air, dia marah-marah kata saya buat dia...lepas itu dia ambil batang buluh dan pukul di kaki dan terajang belakang saya dan lepas tu dia pukul dan terajang mak.

"Saya takut ayah pukul dan marah-marah lagi," katanya.

Sementara itu, Shaikh Abdul Adzis berkata suspek, seorang penganggur, akan turut dirujuk kepada pakar psikiatri untuk mengetahui keadaan emosinya sebelum siasatan lanjut dijalankan terhadapnya.

Beliau berkata suspek direman tujuh hari bermula pada Ahad dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

"Punca berlakunya kejadian amuk itu masih dalam siasatan. Polis melakukan beberapa ujian terhadap suspek termasuk saringan urin dan kita masih menanti keputusannya," katanya.

Tags / Kata Kunci: rawatan psikiatri , mangsa amuk

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan