Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjutkan Hingga 2 Jun

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2015 1:14 PM

Kawalan keselamatan di sekitar Sabah diperketatkan susulan kejadian penculikan terkini dua hari lalu di Sandakan.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Fasa 19 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini, dilanjutkan ke Fasa 20 mulai 18 Mei hingga 2 Jun dari 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata perintah berkurung merangkumi enam daerah melibatkan jarak tiga batu nautika dari pantai hingga ke titik garisan yang ditetapkan, dilanjutkan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan, pelancong dan rakyat Sabah di daratan Esszone.

"Pelanjutan perintah berkurung ini bagi memudahkan penguatkuasaan memantau pergerakan bot yang menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan, menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Katanya, polis Sabah juga mengambil keputusan melanjutkan perintah berkurung berkenaan kerana langkah itu turut mendapat sokongan pengusaha chalet dan pihak yang terlibat dalam aktiviti perikanan demi menjamin keselamatan perairan termasuk pulau-pulau di sempadan.

Jalaluddin berkata, kuasa telah diberi kepada semua Ketua Polis Daerah Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau lain-lain aktiviti laluan mendesak.-- Bernama


iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan