11 PATI Ditahan Selepas Adegan Kejar Mengejar Dengan Polis

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2015 2:22 PM

Bot yang digunakan untuk membawa masuk PATI di Pulau Berhala dekat Sandakan.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis mematahkan usaha sebuah bot yang membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Selatan Filipina selepas berlaku adegan kejar mengejar di pantai timur daerah Sandakan, awal pagi Sabtu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata 11 individu termasuk seorang bayi ditahan apabila bot yang mereka naiki karam selepas berlanggar dengan kapal polis.

Katanya, pemandu bot meninggal dunia dalam insiden itu.

Jalaluddin berkata enam anggota dari unit Platun Harimau Pasukan Gerakan Am melakukan rondakan di perairan Pulau Berhala ketika mereka menyedari kemunculan sebuah bot dari arah pulau Taganak, Filipina kira-kira pukul 2.30 pagi.

Anggota polis mengarahkan pemandu bot itu untuk berhenti tetapi dia mengendahkan amaran tersebut.

Sebaliknya, pemandu bot itu terus memecut laju dan kemudian berlaku adegan kejar mengejar dengan polis.

Anggota polis melepaskan tembakan suar hijau ketika kedua-dua bot melalui perairan Pulau Berhala.

Pemandu bot itu tetap tidak endah dengan amaran tersebut dan dia cuba memandu laju bot ke arah Taganak.

Bot tersebut secara tiba-tiba melanggar kapal polis menyebabkan ia terbalik dan semua penumpang terjatuh ke dalam laut.

Jalaluddin berkata polis menyelamatkan empat lelaki dan lima wanita berusia antara 12 dan 25 tahun bersama seorang bayi.

Katanya, mayat pemandu bot ditemui dari bot yang karam dan mangsa yang selamat dibawa ke Sandakan.

Tags / Kata Kunci: PATI , Sandakan , bot laju , Pasukan Gerakan Am

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan