Enggan Sertai Kumpulan Samseng, Pelajar Tingkatan Satu Cedera Dipukul

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 2:47 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pelajar tingkatan satu cedera akibat dipukul sekumpulan remaja lelaki Khamis lepas dipercayai kerana enggan menganggotai kumpulan samseng, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari, pelajar itu yang berada di sebuah kedai makan berhampiran sekolahnya di Pandamaran, Klang telah didatangi beberapa remaja yang kemudian menariknya ke kawasan perumahan berhampiran.

"Mangsa kemudiannya dipukul, ia dipercayai akibat beliau enggan menyertai kumpulan samseng yang disertai oleh suspek," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Katanya suspek bagaimanapun berhenti memukul mangsa dan melarikan diri apabila ternampak sepasukan polis sedang melakukan rondaan di kawasan berhampiran.

Katanya susulan itu, polis menahan dua remaja, masing-masing berumur 13 dan 15 tahun bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada suspek terlibat dalam kegiatan gangsterisme.

"Mangsa yang cedera di tangan, bahagian belakang badan dan kaki telah dirujuk ke hospital bagi mendapat rawatan," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: samseng , Pandamaran , Kamarul Zaman Mamat

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan