APMM Hasrat Tambah Kapal, Pesawat Bagi Mantapkan Operasi

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 3:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berhasrat untuk menambah beberapa kapal ronda serta pesawat bagi memantapkan lagi operasi mencari dan menyelamat, tugas peninjauan serta pengawasan di laut.

Timbalan Ketua Pengarah Logistik APMM Datuk Che Hassan Jusoh berkata  penambahan aset itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan agensi itu bagi memastikan keselamatan di kawasan perairan negara terus terpelihara.

Katanya, setakat ini pihaknya telah meminta penambahan sebanyak enam buah kapal dengan kerajaan pusat bagi melaksanakan tugas dengan lebih efektif khususnya di kawasan zon maritim yang mencecah 200 batu nautika.

"Dengan adanya kapal yang lebih besar dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan yang canggih, kita dapat lakukan operasi di tengah laut sehingga dua minggu.

"Setakat ini kita masih dalam proses untuk memperolehi kapal tersebut dan kita jangkakan kira-kira tiga tahun lagi aset yang dibuat di Malaysia ini akan siap dan menjadi milik APMM," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sahabat Maritim di sini, Sabtu.

Menurutnya kebanyakan bot dan kapal yang sedia ada diperoleh daripada agensi penguatkuasaan lain semasa ditubuhkan dan usianya kini ada antaranya mencecah 50 tahun dan pihaknya menyelenggara kesemua aset berkenaan untuk menjalankan tugas-tugas operasi di perairan negara.

Jelasnya selain itu, pihaknya juga bercadang untuk menambah beberapa buah lagi pesawat jenis Bombardier yang berkeupayaan melaksanakan pelbagai tugas seperti pemantauan di pesisiran pantai, memadam kebakaran atas kapal dan hutan.

Che Hassan berkata, pesawat itu juga mampu melakukan operasi mencari dan menyelamat di kawasan laut berikutan keupayaannya mampu mendarat dan terapung di atas permukaan laut.

"Setakat ini kita mempunyai sebanyak enam buah helikopter dan dua buah pesawat jenis Bombardier, jadi kita bercadang untuk menambah beberapa lagi pesawat ini berikutan kebolehan dan keberkesanan melakukan tugas-tugas operasi merangkumi pelbagai kawasan, baik di laut mahupun di darat," katanya.

Menurutnya kesemua pesawat tersebut berpangkalan di Subang, Selangor dan penerbangan operasi merangkumi kawasan Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, kesemua pesawat serta kapal milik agensi ini sentiasa  bersedia untuk digerakkan jika keadaan memerlukan.


iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan