Pihak Berkuasa Buru Penculik, Sekat Laluan Laut

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mei 2015 1:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Pasukan keselamatan menyekat semua laluan laut sehingga ke selatan sempadan Filipina bagi menyekat kumpulan bersenjata yang terlibat dalam peculikan di sini melarikan diri dari Sabah.

Perintah itu adalah untuk memintas kumpulan lelaki bersenjata itu ekoran tindakan mereka menculik dua warga negara Malaysia di sebuah restoran makanan laut di sini, Khamis malam.

Arahan itu dikeluarkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

"Pihak Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dikerahkan membuat operasi memburu dan menyekat laluan laut sehingga ke sempadan.

"Helikopter APMM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga diarah memintas suspek-suspek yang menggunakan bot laju tersebut pada malam ini juga," katanya menerusi kenyataan pada pukul 11 malam Khamis.

Menurut beliau empat lelaki bersenjata menculik seorang wanita dan seorang lelaki dari Restoran Ocean King, sebuah restoran makanan laut di sini.

Mangsa wanita dalam kejadian jam 7.26 malam berkenaan dikenali sebagai Thien Nyuk Fun, 50, dari Taman Mawar, Jalan Sibuga, di sini manakala mangsa lelaki Bernard Then, 39, seorang konsultan dari Kuala Lumpur.

Katanya ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang menjamu selera di restoran atas air itu di Jalan Bokara, Pasir Putih, kira-kira tiga kilometer dari sini.

"Seorang lelaki memakai seluar celoreng baju-T biru manakala tiga memakai baju dan seluar celoreng tanpa memakai penutup muka. Salah seorang suspek memakai peluru berantai yang disandang di bahu," kata Jalaluddin dalam kenyataanya di sini.

Bagaimanapun, Jalaluddin berkata jenis bot laju yang digunakan suspek masih belum dikenal pasti.

Katanya kesemua suspek datang dari arah tangga sisi belakang restoran dan terus menuju ke arah mangsa yang duduk di meja berlainan sebelum kedua-duanya ditarik secara paksa untuk mengikut kumpulan lelaki itu menaiki bot.

Katanya kesemua saksi dan pekerja di restoran berkenaan telah dikumpulkan untuk diambil keterangan manakala pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), diketuai Komandernya Datuk Abdul Rashid Harun kini berada di tempat kejadian bersama Ketua Polis Daerah Sandakan.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan