1,623 Akaun Syarikat, Individu Bernilai RM560 Juta Dibeku

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mei 2015 9:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,623 akaun syarikat dan individu bernilai RM560 juta dibekukan dalam operasi bersepadu yang dilancarkan hari ini bagi membanteras kegiatan rasuah, penyelewengan diesel bersubsidi dan penyeludupan rokok dan arak di Sabah.

Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohamad Jamidan Abdullah berkata operasi melibatkan 420 orang pegawai dan anggota itu diketuai SPRM dengan kerjasama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Pasukan Gerakan AM (PGA), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

"Serbuan dijalankan secara serentak ke atas 43 lokasi di Tawau, Sandakan, Keningau, Kota Kinabalu, Labuan dan Semporna yang disyaki berlakunya perbuatan rasuah, aktiviti penyeludupan rokok dan arak dan penyelewengan diesel bersubsidi, serta perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan.

"Serbuan ini hasil siasatan terperinci dan menyeluruh berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh SPRM bersama agensi-agensi terlibat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata hasil serbuan turut merampas wang tunai dan barang kemas bernilai RM1 juta.

Mohamad Jamidan berkata siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

"Dipercayai bahawa perlakuan rasuah ini telah mengakibatkan kerugian berbilion ringgit kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.

"Kejayaan operasi ini adalah hasil kerjasama erat anggota dan pegawai SPRM, ESScom, PGA, KPDNKK, JKDM dan BNM," katanya.

Katanya pada Selasa lepas, SPRM dengan kerjasama beberapa agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah melancarkan serbuan ke atas 49 lokasi di seluruh Sarawak bagi membanteras kegiatan rasuah, pembalakan dan penebangan hutan secara haram serta perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan oleh pemilik syarikat pembalakan.

"Operasi yang dinamakan sebagai 'Ops Gergaji' itu telah membekukan sebanyak 519 akaun syarikat dan individu hampir RM700 juta.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan