PDRM Nafi Ko Tong Sembunyi Di Langkawi

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2015 4:29 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan bahawa warga Thailand yang dikatakan perancang utama sindiket pemerdagangan manusia di negara itu sedang bersembunyi di Langkawi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Harith Kam Abdullah berkata ini kerana usaha menjejaki lelaki itu yang dikenali sebagai Pajjuban Aungkachotephan atau 'Ko Tong' menemui jalan buntu.

"Sehingga sekarang usaha mengesan suspek gagal. Daripada maklumat masyarakat tempatan, suspek daripada Wilayah Satun tidak berada di Langkawi," katanya kepada Bernama.

Menurut laporan media asing, suspek yang merupakan bekas pegawai kanan kerajaan tempatan merupakan perancang utama sindiket yang membawa masuk ribuan pendatang daripada Bangladesh dan Myanmar ke Thailand serta Malaysia.

Pada Rabu, Ketua Polis Thailand, Jen Somyot Poompanmoung berkata suspek  telah melarikan diri ke 'negara jiran' dengan media Thailand melaporkan Pajjuban sedang bersembunyi di Langkawi.

Mereka melaporkan Pajjuban menggunakan sebuah pulau miliknya di Rat Yai, Satun untuk menempatkan pendatang Bangladesh dan Myanmar sebelum membawa mereka masuk ke Langkawi.

Tags / Kata Kunci: Thailand , Ko Tong

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan