Dua Beradik Curi Motosikal Dicekup

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2015 3:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dua beradik yang dipercayai terlibat dengan satu kes mencuri motosikal pada 8 Mei lepas ditahan selepas polis menyerbu rumah mereka di Kampung Batu 8, Jalan Gambang, di sini petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, kedua-dua suspek yang berumur 35 dan 30 tahun itu ditahan pada 6 petang oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Jaya Gading.

"Ketika disoal siasat si abang mengaku mencuri sebuah motosikal model Yamaha Nouvo S pada 8 Mei lepas dan bercadang meminta adiknya memulangkan semula motosikal itu kepada mangsa yang tinggal di Taman Tas, di sini," katanya di sini, Khamis.

Bagaimanapun hasil pemeriksaan terhadap motosikal yang ditemui di rumah mangsa mendapati, suspek telah mengubah nombor plat kenderaan itu kepada nombor pendaftaran palsu.

Katanya siasatan lanjut juga mendapati suspek yang berusia 35 tahun itu merupakan orang yang dikehendaki bagi membantu kes curi kenderaan mengikut Seksyen 379 (a) Kanun Keseksaan.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang positif dadah dibawa ke Balai Polis Kuantan untuk siasatan lanjut.

Tags / Kata Kunci: Motosikal , Curi , Polis

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan