SPRM Beku RM4 Juta Dari Akaun Bank Seorang Menteri

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 8:20 PM

Kesan pembalakan haram di Bakun, Sarawak

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu bertindak membeku akaun seorang menteri muda Sarawak yang mempunyai simpanan berjumlah RM4 juta kerana dipercayai terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullah berkata, pembekuan akaun tersebut dibuat selepas pihaknya merakam keterangan menteri muda terbabit berhubung isu pembinaan bangunan Baitul Makmur II.

"SPRM telah mengambil keterangan menteri muda Sarawak selepas  menerima aduan mengenai perbuatan rasuah dan penyalahgunaan. Selain itu siasatan turut dilakukan terhadap seorang ahli perniagaan berusia 50-an.

"Mereka terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah melibatkan pembinaan bangunan milik kerajaan negeri setinggi 16 tingkat, Baitul Makmur II yang bernilai lebih RM250 juta," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau menambah, selain menteri muda dan pengarah syarikat tersebut, SPRM akan memanggil beberapa individu lagi untuk membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Jamidan memberitahu, SPRM yang sedang menjalankan Ops Gergaji bagi membanteras pembalakan haram di Sarawak turut menyerbu lokasi baharu di Bakun pada Rabu.

Jelasnya, serbuan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan lokasi yang diperiksa ialah 49 tempat.

"Hasil serbuan berkenaan, seramai 10 individu telah direkod keterangan untuk membantu siasatan mengenai rasuah, penebangan hutan secara haram dan perbuatan mengelak cukai kerajaan.

"SPRM juga telah membekukan sebanyak 30 akaun syarikat termasuk individu yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mempunyai simpanan berjumlah RM600 juta," ujarnya.

Menurutnya, Ops Gergaji merupakan operasi bersepadu melibatkan kerajaan negeri , Polis Diraja Malaysia, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Perhutanan Sarawak dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. 



Tags / Kata Kunci: Rasuah , SPRM , Sarawak

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan