Agensi Penguat Kuasa Siap Siaga Hadapi Kemasukan Pati

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 2:01 PM

Kok Kwee (kiri) memantau operasi APMM di sekitar perairan utara negara susulan kemasukan lebih 1,000 Pati baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Agensi penguat kuasa telah mengerah lebih banyak kapal dan bot peronda untuk bersiap siaga di perairan utara berikutan terdapat maklumat lebih banyak bot yang membawa pendatang asing tanpa izin  Bangladesh dan Myanmar sedang berada di lautan untuk menuju ke negara ini.

Ketua Penguatkuasa Wilayah Utara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Pertama Tan Kok Kwee berkata pihaknya telah mengerah empat kapal peronda dan empat bot peronda ke kawasan sempadan perairan negara.

"Kita menerima laporan sejak Jumaat lepas tentang kemungkinan lebih banyak bot membawa migran sedang menuju ke perairan negara dan kita segera bertindak memperketatkan kawalan.

"Kesemua aset yang dikerah bersama-sama 120 anggota APMM akan beroperasi siang dan malam," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, antara lokasi rondaan dan kawalan termasuk Selat Cincin, utara Langkawi, perairan Pulau Pinang dan Kuala Kedah.

Kok Kwee berkata, kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut terlibat dalam operasi kawalan.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Langkawi, Deputi Superintendan Rozi Abu Hassan berkata pihaknya turut mempertingkatkan kawalan dan rondaan.

Beliau berkata, anggotanya telah dikerah untuk berbuat demikian.

Sementara itu wakil Persatuan Rohingya Malaysia di Kedah, Yusuf Ali  memberitahu beberapa bot membawa antara 5,000 hingga 6,000 pendatang Rohingya dan Bangladesh sedang menunggu masa untuk belayar ke Malaysia.

"Mereka menunggu masa yang sesuai untuk belayar ke Malaysia," katanya.

Pada Ahad lepas, sebanyak 1,158 pendatang asing daripada Bangladesh dan Rohingya termasuk kanak-kanak dan wanita mendarat di perairan Langkawi dengan bot, kebanjiran berami-ramai yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Menurut Jabatan Imigresen Kedah, mereka akan disiasat kerana tidak memiliki dokumen.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: APMM , Tan Kok Kwee , Pati

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan