Hanya 20,966 Saman Status Waran Tangkap Diselesaikan - Polis

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 11:52 PM

Mohd Fuad Abd Latiff.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya 20,966 dari 1.59 juta saman berstatus waran tangkap yang dikeluarkan susulan kegagalan pengguna jalan raya membayar saman dan menghadiri perbicaraan di mahkamah, diselesaikan sebelum penguatkuasaan Ops Warta, minggu depan.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata pihaknya memberi peluang kira-kira dua minggu kepada pesalah trafik membuat semakan dan bayaran sebelum tindakan tegas diambil, namun hanya sebilangan kecil menjelaskannya.

"Kita telah kenal pasti pesalah trafik yang memiliki waran tangkap ini..di mana mereka berada, dan minggu depan kita akan jejak dan tahan mereka seterusnya bawa ke mahkamah," katanya dalam program bual bicara Bernama Radio di sini Rabu.

Mohd Fuad berkata angka itu sangat rendah, sambil berpendapat bahawa pesalah  trafik tidak menggunakan peluang diberikan walaupun hebahan telah dibuat sejak 30 April lepas.

Katanya angka 1.59 juta itu merupakan baki dari 1.8 juta saman yang diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Ops Selamat 5 yang dilancarkan semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.

Mohd Fuad turut mencadangkan agar pesalah trafik tampil di Bukit Aman atau balai polis trafik berhampiran, bagi membolehkan pihaknya membantu mereka menyelesaikan perkara itu.

"Sekiranya mereka berdiam diri, sampai bila-bila pun masalah tidak selesai. Mereka juga boleh menyemak status di mana-mana balai polis trafik kerana di sana ada sistem dalam talian, boleh semak dengan memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran kenderaan," katanya.

Selain itu, beliau berkata semakan juga boleh dilakukan di pejabat-pejabat pos.

Selain sekatan jalan raya, katanya penguatkuasaan Ops Warta juga akan mengesan pesalah trafik sehingga ke kediaman mereka.

Sementara itu, sebanyak 5.5 juta saman dikeluarkan tahun lepas, manakala sehingga April tahun ini, 1.9 juta saman direkodkan dengan kesalahan tertinggi ialah memandu laju dan meletak kenderaan di tempat tidak dibenarkan.

Tags / Kata Kunci: Ops Warta , saman , waran tangkap

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan